31.7.09

hari tu JB.


.SELAMAT PENGANTIN BARU.
May ALLAH Bless You

^_^

24.7.09

minggu lepas.

Minggu yg agak boleh tahan bz nyer. Starting on Khamis, malam aku da gerak balik Melaka, aku kena attend majlis tunang cousin aku pada hari Sabtu. Lama dah tak balik Melaka. Banyak sgt yg da berubah. Maju skit la.
Hari Jumaat pagi, aku gerak ke JB plak ke rumah 'Mokde'. Xde la pagi sgt, tp still consider pagi. Aku gerak dengan 3 cousin aku.
Tengahari aku da sampai rumah 'Mokde' aku. Kira lajut jugak la aku bawak. Tak sampai 3 jam. Timer kaseh la yerk PLUS.
Habis je loading barang kluar dari keter and lepak2 kt rumah 'Mokde' kira2 1/2 jam, aku keluar cari kawan2 lame masa aku kt sini dulu. N then, aku singgah ke tempat kerja lama aku dulu. Dulu. 5 tahun dulu. Lepas aku habis SPM.
So, aku balik semula ke rumah 'Mokde' aku n siap2 utk ke Singapore. 1st, aku ingat nk bawak masuk kereta ke sana. Tp, akibat aku ni LEM sikit bab2 jalan, aku tak jadi bawak. 2nd, aku igt nak naik LRT je. Senang & jimat. Tp, akibat bnyk kiriman barang dari Melaka yg aku bawak utk Singapore, seperti : gula Melaka = 15kg, pulut hitam = 10kg, buah rambutan = 1 beg plastik hitam & etc, ditambah plak dengan beg2 kitorang, aku tak jadi naik LRT. Kesimpulannya, naik teksi, lagi senang. Kereta aku tinggalkan kat rumah 'Mokde'. 'Mokde' hantar kitorang ke tempat teksi. Sebelum ke tempat teksi, kitorang singgah jp di McD. Msg2 laper. Dan aku terkezut bila tiba2 aku terserempak dgn budak kampung aku kat McD tu. So, kitorang borak2. "Ko buat ape skrg?". Member aku ckp, "Aku keje, Manager kt sini". Bertambah2 terkejut aku. [@.@] Habis borak2, aku gerak terus ke tempat teksi. Sampai je kat tempat teksi, aku terus tanya org kat situ, berapa tambang teksi ke Singapore. "$50 terus sampai depan rumah". $50 X 2.47 = RM??? T_T. Lagipun kalo bwk masuk kereta, kos perjalanan pon lebih krg jgk. So, mmg aku takde choice, aku iyer kan je la.
Aku sampai ke flat 'Uteh' kira2 45 minit je memandangkan Tambak Johor tak jam. Sampai je kat rumah 'Uteh', sedara2 sumer tgh sibuk menyiapkan hantaran tunang.
Lepas salam2 sumer sedara, aku letak beg n kluar ke money changer tukar duit nk beli rokok. Sangap. Rokok dari Malaysia tak boleh bawak masuk. Fine $200. So, lepas tukar duit, aku g kedai nk beli rokok. $10 x 2.47 = RM 24.70 sekotak T_T. Lepas da beli rokok, kitorang balik n singgah ke kedai BUBBLE TEA ~__^. Ta bleh tahan wooo. Mlm tu, habis je sedara2 siapkan hantaran tunang, borak2 skit dgn cousin aku, aku terus tido. Padam.
Sabtu, hari majlis pertunangan cousin aku. So, kitorang ramai2 setup kan aper2 yg patut. N then, the engagement ceremony began. ^_^ Majlis berjalan lancar.
Lepas habis majlis, kitorang berlima keluar merayap n melepak. Balik melepak, semua zzzzz...
Ahad, hari mengemas sedunia. Bertungkus lumus la kitorang mengemas. Habis mengemas, tengahari aku da gerak blk ke Selangor. Aku telefon driver teksi yg bawak kitorang ke sini, suruh dia amik. So, that's it. Salam2 semua org, 'Uteh', Uncle Nan n my cousin. Part sedih mmg kat situ. Lama kitorang tak jumpe. Nak jumpe lagi ntah bila plak kan. N then, the journey home began.
Sampai kat tempat teksi, 'Mokde' amik. Sebelum balik Melaka, kitorang singgah makan kt Pantai Lido. Lepas maghrib, aku n 3 cousin aku salam2 'Mokde'. Mmg da jadi cam kewajipan plak salam2 ni jd part sedih. Huhu. Sampai je Melaka, aku hantar cousin2 aku, n then, jumpa ayah, jumpa ibu n terus shooooooooot blk Selangor. Sgt sgtlah fenat. FAQ aku kat sana, "Cucu pertama ni bila plak nak tunang?". Aku sengih sesengih-sengihnya.
Habis je majlis tunang hari tu, aku mengadap In Lab Test & Mid Term Test plak. Da lepas. Tapi, seram aku nk tau result dia. Mmg tak bleh score. Hari Ahad ni ade wedding member plak kat JB. So, mlm nnt gerak JB lagi. Mengantuk dan penat. Zzzz...

16.7.09

Jamilah terus menunggu.

Jamilah seorang yang ayu, anggun, comel, tip-top & etc adalah seorang jururawat di sebuah hospital sakit jiwa. Pekerjaan Jamilah amat mencabar fizikal dan mental beliau. Beliau berusia 27 tahun dan pernah bekerja sebagai cashier di supermarket berdekatan Jalan Ampang. Hari itu Jamilah bekerja seperti hari-hari biasa, iaitu hari semalam dan hari-hari sebelum semalamnya. Bezanya hari itu, Jamilah bekerja separuh hari kerana mahu menghadiri kenduri berkhatan anak kepada jiran sebelah rumahnya yang baru berpindah dari Bukit Siput, Segamat, Johor. Seawal jam lapan pagi Jamilah dah smpi di tempat pekerjaan beliau. Jamilah menunggang motorsikal Suzuki Best RR Sport ke tempat kerja. Smpi shj di tempat kerja, Jamilah melakukan tugasan harian beliau dengan penuh teliti dan berdedikasi. Dan hari itu, Jamilah terlihat Kamil, salah seorang pesakit di hospital itu sedang menulis surat. Kamil, bekas buruh membuat rumah dimasukkan ke hospital berkenaan oleh bapa satdaranya akibat menggunakan spray aerosol ubat nyamuk sebagai deodorant. Bapa saudaranya yg memerhatikan Kamil sejak tiga bulan lalu, membuat keputusan menghantar Kamil ke hospital sakit jiwa apabila Kamil menyepray ketiak semua kucing di area2 taman perumahan beliau dgn menggunakan spray aerosol ubat nyamuk. "Baru la wangi cikit", kata Kamil. Sdg Kamil tekun menulis, Jamilah pun sengaja bertanya kepada Kamil.

Jamilah : Kamil tulis surat kat saper ni?
Kamil : Aku tulis surat utk diri aku sendiri. Ko ape tau.
Jamilah : Ooo.. Aper yg Kamil tulis dlm surat tu?
Kamil : Giler ape?? Maner aku tau?? Esok pagi posmen hantar, baru la bole bace!

Hati Jamilah terguris. Belum pernah org gila melontarkan perkataan gila kepada Jamilah setelah lima tahun bekerja. Jamilah dikatakan telah berhenti kerja sejak dari itu. Dan beliau sedang menunggu panggilan interview setelah Jamilah mendaftar di SPA empat hari yg lalu. Jamilah menunggu dan terus menunggu.

;p

5.7.09

tingkap.

Di satu sudut di sebuah taman permainan, seorang budak sedang bermain bola seorang diri. Tgh syok2 budak tu timbang bola ala2 Ronaldinho, dia tersepak bola tu terlalu kuat sehingga memecahkan kaca tingkap rumah seorang makcik. Berlari-lari anak budak bila terdengar makcik tu menjerit. Budak tu sembunyi & berfikir.

Beberapa minit kemudian, budak tu mengetuk pintu rumah makcik tersebut. "Mintak mahap makcik, jap lagi ayah saya dtg betolkan tingkap", kata budak tu mengusap2 rambutnya sambil buat muka comel Shin Chan. Tak sampai seminit, seorang lelaki bertubuh sasa dan kacak dtg dgn toolbox dan berkata, "Tingkap maner yg pecah tu puan?". Makcik tersebut menunjukkan arah tingkap yg pecah. Makcik tersebut memulangkan semula bola budak tu dan berpesan sambil tersenyum, "Lain kali hati2 yer nak". Budak tu mengangguk dan berlalu dari situ.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tersebut terus meminta wang upah dari makcik tersebut. Terkejut berok makcik lalu berkata, "Bukan ke awak ayah budak td?". Lelaki itu menjawab, "Ape?? Bukan ke puan mak nyer??".

*IQ baik punyer

4.7.09

senang sangat lah.

Mencari duit adalah perkara yg sukar.


Menghabiskannya? Senang sgt lah. Dua tiga kelip mata je.


Mazlan telah mengset satu blind date di antara rakan karibnya Leman dgn bekas rakan sekerjanya di syarikat lamanya dulu. Tetapi, Leman agk gemuruh nak dating dgn org yg dia xkenal dan xpenah tgk.

Leman : Betol ke cun awek tu Lan, buat muka dia buruk cm berok mcm maner?
Mazlan : Kau jgn cuak la, pegi jumpa dulu. Kalau ko rasa xcun, buruk, lepas ko jumpa dia, kau pura-pura la sakit dada and minta diri utk cabot, amacam?

Leman setuju dgn idea bernas Mazlan and on je utk blind date tu. Sebaik je awek tu dtg, baru terkejot Leman melihat betapa hotnya member Mazlan tu. Sumpah Leman xcari lain la. Apabila Leman nak memulakan perbualan, secara tiba2 awek tu urut dada mengatakan dia sakit dada dan minta diri. Mazlan pon gelakkan kaw2 dgn sejujur2nya. Muahahaha!

3.7.09

jika.

Imran berusia 5 tahun dan masih bersekolah tadika. Dia seorang budak yg comel dan petah bercakap. Ayah Imran berusia 33 tahun dan bekerja di sebuah syarikat menjual tikar mengkuang berdekatan dgn rumah mereka sedang menonton wrestling di ruang tamu. Hari itu hari Selasa, jam menunjukkan pukul 12 tghmlm. Imran diperintahkan ayahnya ke bilik tidur sebab hari sudah larut mlm.

Dan.. Lima minit kemudian..

Imran : AYAAAAHH!!!
Ayah : Ada ape?
Imran : Imran haus la ayah, tlg bawakkan air bole x?
Ayah : Pegi la amik sendiri, ayah tgh tgk wrestling ni.

Lima minit selepas itu..
Imran : AYAAAAHH!!!
Ayah : Ada ape lagi!!??!!
Imran : Imran haus. Tlg la bawakkan air.
Ayah : Kan ayah da ckp pegi amik sendiri! Kalau Imran jerit lg skali ayah dtg pukul Imran nnt! Tido! Tido!

Lima minit berikutnya..
Imran : Ayaaaah..
Ayah : APE!!??!!
Imran : Kalau ayah dtg nk pukul Imran ayah bawakkan air sekali yer..


Akhirnya ayah Imran bawakkan juga air sambil tergelak-gelak. Bukan setakat air kosong, tapi air Milo kesukaan Imran. Bukan segelas je, tapi sejug dibawakkan. Bagaimana pula dgn anda jika anak anda seperti Imran nnt??

2.7.09

sukan.


Dua perkara yg mengaitkan dgn BADAN CERGAS MINDA CERDAS :

1- BERSUKAN.


2- MENOLAK MOTOR YG KEHABISAN MINYAKNYA.

*2km gak ah menolak T_T

1.7.09

selebum dan sepelas.

Ayat-ayat common sebelum/baru-baru kawen.

Suami : Finally, abg dah tggu moment ni tiba dari dulu lagi.
Isteri : Relakah abg kalau syg pergi?
Suami : Tak dan tak sanggup abg.
Isteri : Cintakah abg pada syg?
Suami : 100% i will!
Isteri : Syg takut abg curang..
Suami : Tak! Never!!
Isteri : Abg nk cium syg tak?
Suami : Yes!!
Isteri : Abg.....

Nak tau ayat-ayat common selepas kawen?
Silalah baca dari bawah ke atas.
Dunia.. Dunia..