24.7.09

minggu lepas.

Minggu yg agak boleh tahan bz nyer. Starting on Khamis, malam aku da gerak balik Melaka, aku kena attend majlis tunang cousin aku pada hari Sabtu. Lama dah tak balik Melaka. Banyak sgt yg da berubah. Maju skit la.
Hari Jumaat pagi, aku gerak ke JB plak ke rumah 'Mokde'. Xde la pagi sgt, tp still consider pagi. Aku gerak dengan 3 cousin aku.
Tengahari aku da sampai rumah 'Mokde' aku. Kira lajut jugak la aku bawak. Tak sampai 3 jam. Timer kaseh la yerk PLUS.
Habis je loading barang kluar dari keter and lepak2 kt rumah 'Mokde' kira2 1/2 jam, aku keluar cari kawan2 lame masa aku kt sini dulu. N then, aku singgah ke tempat kerja lama aku dulu. Dulu. 5 tahun dulu. Lepas aku habis SPM.
So, aku balik semula ke rumah 'Mokde' aku n siap2 utk ke Singapore. 1st, aku ingat nk bawak masuk kereta ke sana. Tp, akibat aku ni LEM sikit bab2 jalan, aku tak jadi bawak. 2nd, aku igt nak naik LRT je. Senang & jimat. Tp, akibat bnyk kiriman barang dari Melaka yg aku bawak utk Singapore, seperti : gula Melaka = 15kg, pulut hitam = 10kg, buah rambutan = 1 beg plastik hitam & etc, ditambah plak dengan beg2 kitorang, aku tak jadi naik LRT. Kesimpulannya, naik teksi, lagi senang. Kereta aku tinggalkan kat rumah 'Mokde'. 'Mokde' hantar kitorang ke tempat teksi. Sebelum ke tempat teksi, kitorang singgah jp di McD. Msg2 laper. Dan aku terkezut bila tiba2 aku terserempak dgn budak kampung aku kat McD tu. So, kitorang borak2. "Ko buat ape skrg?". Member aku ckp, "Aku keje, Manager kt sini". Bertambah2 terkejut aku. [@.@] Habis borak2, aku gerak terus ke tempat teksi. Sampai je kat tempat teksi, aku terus tanya org kat situ, berapa tambang teksi ke Singapore. "$50 terus sampai depan rumah". $50 X 2.47 = RM??? T_T. Lagipun kalo bwk masuk kereta, kos perjalanan pon lebih krg jgk. So, mmg aku takde choice, aku iyer kan je la.
Aku sampai ke flat 'Uteh' kira2 45 minit je memandangkan Tambak Johor tak jam. Sampai je kat rumah 'Uteh', sedara2 sumer tgh sibuk menyiapkan hantaran tunang.
Lepas salam2 sumer sedara, aku letak beg n kluar ke money changer tukar duit nk beli rokok. Sangap. Rokok dari Malaysia tak boleh bawak masuk. Fine $200. So, lepas tukar duit, aku g kedai nk beli rokok. $10 x 2.47 = RM 24.70 sekotak T_T. Lepas da beli rokok, kitorang balik n singgah ke kedai BUBBLE TEA ~__^. Ta bleh tahan wooo. Mlm tu, habis je sedara2 siapkan hantaran tunang, borak2 skit dgn cousin aku, aku terus tido. Padam.
Sabtu, hari majlis pertunangan cousin aku. So, kitorang ramai2 setup kan aper2 yg patut. N then, the engagement ceremony began. ^_^ Majlis berjalan lancar.
Lepas habis majlis, kitorang berlima keluar merayap n melepak. Balik melepak, semua zzzzz...
Ahad, hari mengemas sedunia. Bertungkus lumus la kitorang mengemas. Habis mengemas, tengahari aku da gerak blk ke Selangor. Aku telefon driver teksi yg bawak kitorang ke sini, suruh dia amik. So, that's it. Salam2 semua org, 'Uteh', Uncle Nan n my cousin. Part sedih mmg kat situ. Lama kitorang tak jumpe. Nak jumpe lagi ntah bila plak kan. N then, the journey home began.
Sampai kat tempat teksi, 'Mokde' amik. Sebelum balik Melaka, kitorang singgah makan kt Pantai Lido. Lepas maghrib, aku n 3 cousin aku salam2 'Mokde'. Mmg da jadi cam kewajipan plak salam2 ni jd part sedih. Huhu. Sampai je Melaka, aku hantar cousin2 aku, n then, jumpa ayah, jumpa ibu n terus shooooooooot blk Selangor. Sgt sgtlah fenat. FAQ aku kat sana, "Cucu pertama ni bila plak nak tunang?". Aku sengih sesengih-sengihnya.
Habis je majlis tunang hari tu, aku mengadap In Lab Test & Mid Term Test plak. Da lepas. Tapi, seram aku nk tau result dia. Mmg tak bleh score. Hari Ahad ni ade wedding member plak kat JB. So, mlm nnt gerak JB lagi. Mengantuk dan penat. Zzzz...

2 komen membina:

idadDewi said...

ooooo ini yg ko bzz nih... tp part2 yg menyentuh hati menusuk kalbu mase ko kene pisah tu... adeh2.. bertemu dan berpisahhhhh adat manusia biasaaaa~~~

a r i e said...

huhu.. tebol2..

Post a Comment