Jamilah seorang yang ayu, anggun, comel, tip-top & etc adalah seorang jururawat di sebuah hospital sakit jiwa. Pekerjaan Jamilah amat mencabar fizikal dan mental beliau. Beliau berusia 27 tahun dan pernah bekerja sebagai cashier di supermarket berdekatan Jalan Ampang. Hari itu Jamilah bekerja seperti hari-hari biasa, iaitu hari semalam dan hari-hari sebelum semalamnya. Bezanya hari itu, Jamilah bekerja separuh hari kerana mahu menghadiri kenduri berkhatan anak kepada jiran sebelah rumahnya yang baru berpindah dari Bukit Siput, Segamat, Johor. Seawal jam lapan pagi Jamilah dah smpi di tempat pekerjaan beliau. Jamilah menunggang motorsikal Suzuki Best RR Sport ke tempat kerja. Smpi shj di tempat kerja, Jamilah melakukan tugasan harian beliau dengan penuh teliti dan berdedikasi. Dan hari itu, Jamilah terlihat Kamil, salah seorang pesakit di hospital itu sedang menulis surat. Kamil, bekas buruh membuat rumah dimasukkan ke hospital berkenaan oleh bapa satdaranya akibat menggunakan spray aerosol ubat nyamuk sebagai deodorant. Bapa saudaranya yg memerhatikan Kamil sejak tiga bulan lalu, membuat keputusan menghantar Kamil ke hospital sakit jiwa apabila Kamil menyepray ketiak semua kucing di area2 taman perumahan beliau dgn menggunakan spray aerosol ubat nyamuk. "Baru la wangi cikit", kata Kamil. Sdg Kamil tekun menulis, Jamilah pun sengaja bertanya kepada Kamil.
Jamilah : Kamil tulis surat kat saper ni?
Kamil : Aku tulis surat utk diri aku sendiri. Ko ape tau.
Jamilah : Ooo.. Aper yg Kamil tulis dlm surat tu?
Kamil : Giler ape?? Maner aku tau?? Esok pagi posmen hantar, baru la bole bace!
Hati Jamilah terguris. Belum pernah org gila melontarkan perkataan gila kepada Jamilah setelah lima tahun bekerja. Jamilah dikatakan telah berhenti kerja sejak dari itu. Dan beliau sedang menunggu panggilan interview setelah Jamilah mendaftar di SPA empat hari yg lalu. Jamilah menunggu dan terus menunggu.

;p

4 komen membina:
jamilah betis mu bunting padi ke?
hahahahaha.. yg tu.. yg tu laaa... ;p
ni jamilah betis nangke lerr...weh aku tuka link...ni link baru aku http://mohdarif29.blogspot.com/
okeh bosshh..
Post a Comment